Latar Belakang

Latar Belakang

Objektif Syarikat

Misi

1. Menawarkan penyediaan servis kejuruteraan Elektrik dan Awam dengan efisen dan efektif.
2. Memberi perkhidmatan terbaik dalam bidang pengurusan fasiliti.

Visi

Menjadi sebuah syarikat yang progresif dan maju dalam bidang kejuruteraan Elektrik dan Awam serta penyediaan khidmat Pengurusan Fasiliti terbaik melalui inovasi, nilai, kualiti dan komitmen kepada pelanggan.

About

Tentang Kami

M.E. Gemilang Padu

    M.E Gemilang Padu yang dahulunya dikenali sebagai Maha Enterprise telah didaftarkan pada Tarikh 20 Januari 2017 sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad. Syarikat ini telah ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dimana kesuluruhan ekuitinya milik penuh 100% bumiputera dan disokong oleh pekerja-pekerja dari kelompok yang sama.

Syarikat ini telah bergiat aktif menjalankan aktiviti perniagaan yang berteraskan kejuruteraan eletrik dan awam di negeri Perak. Selain itu, syarikat ini juga berpengalaman luas dalam beberapa bidang kejuruteraan awam yang utama iaitu pembinaan jalan, pembinaan bangunan, perparitan dan kejuruteraan elektrik seperti merentang kabel bawah tanah, sesalur atas voltan rendah dan pembaikan lampu awam TNB. Disamping itu, bidang pengurusan fasiliti juga menjadi keutamaan kami dalam 3 tahun yang terkini.

Kejayaan tanpa menyebut atau mengiktiraf peneraju yang bertanggungjawab yang menjadi perancangan atau tulang belakang adalah sesuatu yang janggal. Penghargaan ini ditujukan kepada pemilik syarikat, Encik Madzir bin Wan Zakaria, perintis dan seorang yang mempunyai kelas tersendiri.

About

Tentang Kami

System Rating TNB

    Melalui penyampaian kerja yang professional dan perkhidmatan yang terbaik yang diberikan kepada pelanggan utama kami iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), kami dianugerahkan rating 5 bintang bagi tiga tahun berturut-turut.

Ini membolehkan kami mendapatkan lebih banyak projek diatas kepercayaan pelanggan kami terhadap mutu perkhidmatan yang kami tawarkan.

Pentadbiran

Anggota Kami